Galleria Sections

Found book(s) you want?

email us at galleriabookaholics@gmail.com
Showing posts with label Malay Novels. Show all posts
Showing posts with label Malay Novels. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Apa Kata Hati


  • Author: Ebriza Aminnudin
  • Price : RM12 (including postage)
  • Reviews:
Kisah Cinta yang terjadi antara Dalinda, Damien dan Nirul Nizam tidaklah semudah yang disangka jalan penyelesaiannya. Antara Damien dan Nirul Nizam tak mahu mengalah dan masih memburu sekeping hati milik Dalinda. Lantaran itu, Dalinda terkapai di ambang kemelut, tak berdaya menyingkirkan cinta abadi kedua-dua pemuda yang berebutkannya.

Mampukah Dalinda menyingkir salah seorang dari mereka?

Siapa yang berjaya menawan hati Dalinda sehingga ke gerbang perkahwinan?

Dan, apakah sebenarnya kata hati Dalinda...

Wednesday, July 7, 2010

Hilangnya Seri Malam


  • Author : Haryani Kamilan
  • Price : RM14 (including postage)
  • Reviews :
Bukan mudah mencari cinta di zaman ini. Bila dapat seorang, kita sayang pula, rupanya buaya...
Namun, yang sebenarnya cinta yang sejati ada berdekatan tanpa diperasankan.

Setelah segalanya dicapai, cinta dah pun terbentuk, hanya ikatan yang menjadi idaman. Kini segalanya indah apabila ijab kabul telah tertunai...

namun...
pandangan semakin mengabur..sinar yang terlihat itu sedikit demi sedikit kian kelam dan lama- kelamaan terus gelap gelita..seperti malam yang telah hilang serinya...

Wednesday, May 20, 2009

Main-Main Cinta


  • Author: Meor Shariman
  • Our Price : RM10 (including postage)
  • Retail Price : RM24.90
  • Reviews:
Sama cantik, sama popular dan sama nakal - itulah Adam dan Farah, pasangan paling ideal. Namun ada pihak yang iri hati dan membuat rancangan untuk memusnahkan cinta mereka.

Mampukah cinta sejati antara Adam dan Farah bertahan atau apakah mereka terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada takdir?

Yang pasti, cinta itu ada dalam hati...

Wednesday, April 15, 2009

Karma


  • Author: Norzailina Nordin
  • Our Price : RM4
  • Reviews:
Dalam usaha Azahari membongkar misteri harta pusaka moyangnya iaitu Shahbudin di Kota London, dia telah terjerat dalam cinta terhadap Serena, anak gadis Swanson, peguam yang diamanahkan untuk menguruskan harta pusaka tersebut. Atas pelbagai dugaan di rantau orang, Azahari menyediakan diri selengkapnya demi rasa tanggungjawab terhadap keluarga. Namun berhasilkah misi pencarian Azahari terhadap harta pusaka tersebut? Bagaimanakah pula perasaan cintanya terhadap gadis Inggeris itu?

Saturday, February 28, 2009

Rindu Pun Berlalu


  • Author: Teh Halimatusaadiah
  • Our Price : RM9 (including poslaju postage)
  • Reviews:
Benarkah kata pujangga, manusia tidak dapat lari dari cinta? Itulah apa yang Liana rasakan ketika ini. Biarpun telah bertekad untuk menghabiskan pelajarannya tanpa sebarang gangguan cinta, akhirnya Liana tewas bila bertemu Iskandar. Namun begitu, panas yang disangkakan akan berpanjangan, rupanya hujan di tengahari. Cinta mereka diganggu oleh pihak ketiga. Apakah cinta Iskandar seteguh tembok di pantai atau hanya umpama pasir yang dilanda ombak?

Thursday, February 19, 2009

Seraut Wajah, Sebuah Memori Luka & Cinta


  • Author: Shahariah Ismail
  • Price : RM5
  • Reviews:
Seraut Wajah, Membakar Marah Sebuah Memori Luka, Mencalar Jiwa, Sekuntum Cinta Hadir, Mengirai Pelangi di Pinggir Cuma Hati Sebagai Penentu

Monday, January 26, 2009

Erti Sebuah Pertemuan


  • Author : Nor Azhan Amiruddin
  • Price : RM6
  • Reviews :
Kalau hati dah terpaut, mengapa tidak berterus terang? Izy dan Zam bertemu lalu hati memutik cinta. Malangnya, masing-masing memendam rasa. Pabila Shahrul kemalangan, Izy melawat bekas teman lelakinya itu atas dasar persahabatan. Tak lebih daripada itu. Tetapi, Zam berprasangka lain, lantaran cemburu lalu menjauh. Kerana itu, hubungan mereka menjadi huru-hara. Apa yang perlu Izy lakukan untuk mengembalikan jalinan kasih yang renggang menanti belah? Mujur kehadiran Aizuddin membuahkan harapan baru. Bertautkah semula kasih suci antara Izy dan Zam? Apa pula yang bakal terjadi kepada Aizuddin? Apakah erti sebuah pertemuan ini?

Kepastian



  • Author : Wan Nan Wan Mahmud
  • Price : RM3
  • Reviews :
Yusri dan Rosmaliza merupakan rakan sekelas yang akrab. Keakraban mereka akhirnya membuahkan rasa cinta yang mendalam. Semasa menunggu keputusan STPM, mereka merancang untuk mengambil jurusan yang sama. Namun sikap Haji Syukri hampir memusnahkan impian mereka. Hubungan Rosmaliza dan Yusri mendapat tentangan Haji Syukri dan ibu Yusri Siti Aishah. Mereka bimbang peristiwa silam yang pernah terjadi pada mereka akan berulang. Haji Syukri nekad. Rosmaliza akan dihantar ke luar negara. Dalam kemelut yang bersarang dikepalanya, Rosmaliza cuba mencari kepastian. Mampukah Rosmaliza mencari kepastian? Kepastian jugakah yang menjadi benteng sebuah kesetiannya terhadap Yusri?

Takdir Penentu Segalanya


  • Author : S.Suhaila S.Mohamad
  • Price : RM2
  • Reviews :
Kehadiran Suraya telah membuka hati Johari untuk bercinta lagi. Hubungan intim terjalin sekian lama sehinggalah Johari menamatkan pengajiannya di sebuah kolej. Johari mula melupakan Suraya sehinggalah dia disahkan pembawa HIV positif. Suraya tertekan dengan tindakan Johari sehingga pengajiannya di kolej turut terganggu. Di saat kekecewaan melanda, Ady hadir untuk membalut lukanya yang kian parah. Cinta Ady dan Suraya mula berputik. Namun kebahagiaan mereka tidak berpanjangan. Ady pergi buat selamanya. Dapatkah Suraya menerima kenyataan ini? Tergugatkah iman Suraya untuk meneruskan hidup ini tanpa Ady disisi..
Blog Widget by LinkWithin