Found book(s) you want?
email us at galleriabookaholics@gmail.com
- Author : Nor Azhan Amiruddin
- Price : RM6
- Reviews :
Kalau hati dah terpaut, mengapa tidak berterus terang? Izy dan Zam bertemu lalu hati memutik cinta. Malangnya, masing-masing memendam rasa. Pabila Shahrul kemalangan, Izy melawat bekas teman lelakinya itu atas dasar persahabatan. Tak lebih daripada itu. Tetapi, Zam berprasangka lain, lantaran cemburu lalu menjauh. Kerana itu, hubungan mereka menjadi huru-hara. Apa yang perlu Izy lakukan untuk mengembalikan jalinan kasih yang renggang menanti belah? Mujur kehadiran Aizuddin membuahkan harapan baru. Bertautkah semula kasih suci antara Izy dan Zam? Apa pula yang bakal terjadi kepada Aizuddin? Apakah erti sebuah pertemuan ini?
- Author : Wan Nan Wan Mahmud
- Price : RM3
- Reviews :
Yusri dan Rosmaliza merupakan rakan sekelas yang akrab. Keakraban mereka akhirnya membuahkan rasa cinta yang mendalam. Semasa menunggu keputusan STPM, mereka merancang untuk mengambil jurusan yang sama. Namun sikap Haji Syukri hampir memusnahkan impian mereka. Hubungan Rosmaliza dan Yusri mendapat tentangan Haji Syukri dan ibu Yusri Siti Aishah. Mereka bimbang peristiwa silam yang pernah terjadi pada mereka akan berulang. Haji Syukri nekad. Rosmaliza akan dihantar ke luar negara. Dalam kemelut yang bersarang dikepalanya, Rosmaliza cuba mencari kepastian. Mampukah Rosmaliza mencari kepastian? Kepastian jugakah yang menjadi benteng sebuah kesetiannya terhadap Yusri?
- Author : S.Suhaila S.Mohamad
- Price : RM2
- Reviews :
Kehadiran Suraya telah membuka hati Johari untuk bercinta lagi. Hubungan intim terjalin sekian lama sehinggalah Johari menamatkan pengajiannya di sebuah kolej. Johari mula melupakan Suraya sehinggalah dia disahkan pembawa HIV positif. Suraya tertekan dengan tindakan Johari sehingga pengajiannya di kolej turut terganggu. Di saat kekecewaan melanda, Ady hadir untuk membalut lukanya yang kian parah. Cinta Ady dan Suraya mula berputik. Namun kebahagiaan mereka tidak berpanjangan. Ady pergi buat selamanya. Dapatkah Suraya menerima kenyataan ini? Tergugatkah iman Suraya untuk meneruskan hidup ini tanpa Ady disisi..